Perjalanan Hidup


Gigih aku cuba nak add entry kedua nie, tak sangka aku serajin ini dalam masa terdekat, satu perubahan dalam diri yang drastik, ini bermakna kalau manusia nak berubah ia perlu berubah naturally dalam hati perlu ada semangat, dari semangat datangnya kekuatan, dari kekuatan itu lahirnya jaguh angkat berat.........hihii..... moral of story, tidak salah berubah kepada orang yang lebih baik, dalam sehari fikirkan apa perubahan yang baik kita lakukan diatas muka bumi ini yang boleh kita jadikan bekalan hidup serta bekalan di akhirat kelak.


Perghhh.....awal pagi dah tazkirah, yang nak story sebenarnya pejalanan hidup ayah manja, umur ayah manja sekarang "tut", rahsia kerajaan melaysia, perbagai pengalaman hidup ayah manja lalui, dari alam kanak-kanak ke alam remaja then alam persekolahan selepas itu alam universiti terselit pulak alam percintaan akhirnya membawa ke alam perkahwinan dan buat masa sekarang alam kebapaan bergelar ayah manja........banyak betul alam, ini bukan 2 alam dah nie, but dari kisah dan pengalaman yang dilalui menjadikkan ayah manja dapat berfikir secara rasional dan matang untuk menjalani liku liku hidup.


Ayah manja dilahirkkan di Bandar Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan, dibesarkan oleh ibu saudara dengan bantuan atuk dan nenek, bukan kerana tidak mempunyai ibu dan bapa tetapi desakan ibu saudara yang ingin mempunyai anak, lalu ayah manja menjadi anaknya, ia bukannya cerita sedih...tetapi hanya sorotan cerita ayah manja dari kecil hingga hari ini. Ayah manja dijaga dari umur 4 hari hinggalah berumur 10 tahun, selepas itu ayah manja kembali bersama keluarga disebabkan keluarga ayah manja risau dengan masa depan anaknya. Ini kerana pembelajaran ayah manja agak tidak memuaskan...biasala duduk dengan nenek dah atuk ...manjanya ya allah, x boleh usik sikit cucu dia..... sayang bukan main, ayah manja bukan tahu aper...yang penting enjoy. Ayah manja mempunyai 7 adik beradik, alhamdulillah semua berjaya dalam bidang masing2, yang sulung jadi lecture, yang second bukak company IT sendiri, yang ketiga jadi doctor, yang keempat jadi guru, yang kelima jadi pengawai kerajaan, yang keenam jadi penulis blog dan yang ketujuh jadi pegawai kerajaan.


Nak dijadikan cerita banyak la kenangan ayah manja di waktu kanak kanak, atuk ayah manja mencari rezeki di sungai perak serta bersawah padi, perghhhhh... main kat sungai amatlah indah dan hampir meragut nyawa pun ada, syukur ada nyawa sampai sekarang. Berbeza sungai dahulu dengan sungai sekarang, seingat ayah manja air sungai perak dahulu jernih dan bersih....ikan pun nampak. Siap pakcik pergi menembak ikan lagi.....memang best la time tue, ayah manja nie nakal .......orang perak kata nakal ya rabbiiiiii........ nakal sangat la tue, nama pun ayah manja....kalau duduk dalam sawah padi tue nampak biji mata jer.....yang lain semua lumpur...time tue plak glomour citer Rambo, aper lagi jadi Rembo la dalam lumpur.... perggghhhhhh.... kanak zam dahulu, zaman sekarang........anak kena lumpur pun nangis... kui..kui....so macam2 kenangan masa kecik.. nanti ayah manja continue lagi... ada kerja perlu disiapkan, akhir kata "Jadikan yang tidak baik itu garisan dan yang baik itu jalannya, jika anda ingin cepat berjaya potonglah garisan itu sepertimana anda memandu dijalan raya" Fikir fikirkan dan selamat beramal


Continue >>>

Blog Entry Mean


Blog?? sebenarnya agak kekok juga menulis blog nie, rasa macam terlalu formal nak tulis something, apa lagi nak luahkan something or nak feel something.... feel?? feel ke bila tulis blog....? aku akan cari feel tue... but nak tulis blog nie pun sampai kena perli dengan wife aku...nak tahu dia kata apa.... "Dari malam tadi sampai pukul 5 pagi. entry ada T........... aje" sinis sungguh, tak pe aku tahu la dia ada blog yang canggih manggih, akan aku update blog aku hari - hari, ingat pempuan jer boleh tulis blog, lelaki pun boleh tulis blog, suami orang pun boleh tulis blog, ayah manja pun boleh tulis blog, huh..semangat.... apasal aku tiba fire-up nie, barangkali ayat sinis wife aku tadi, huh... aku kecik hati ke?? mungkin... tapi apa sebab aku nak buat blog nie?? confius kejap.....thinking.....


Biar aku fikir kenapa, dengki dengan wife aku kot??? tapi tak der maknanya, yang aku rasa aku nak story and write apa yang aku lalui dari dulu sehingga hari ini dan masa depan, biar ia kuat dalam memori aku dan disamping share story dengan orang lain. Biar kisah seorang ayah manja kepada seorang anak kecil yang manja menjadi perhisan cerita bagi kalian pembaca blog yang setia.


So, sebenarnya ayah manja yang gagah berjaga hingga lewat pagi kerana kerja yang perlu disiapkan tetapi kepala dah sendat dan penat so merewang melayari internet sehingga la terasyik membaca blog teman-teman, rasa seronok pulak and ayah manja feel happy read the story.... ha...kan dah jumpa feel yang dicari tadi...heh...:P. So ayah manja fikir kalau ayah manja tulis lagi mesti jadi duaronok, so mula la bikin blog address and buat semua, slow - slow buat tue yang sampai pukul 5 pagi, hihihi...... Bukan tak tahu cuma buta ICT sikit.... :P.


Anyway, first enty nie ayah manja tulis sikit aje, esok nak kerja so kena masuk tido, silap silap wife dan kunci bilik... dia merajuk td sebab tak habis lagi buat blog.... jangan risau ini ayah manja....tau la nak buat macam mana, hehehe.... jangan fikir bukan- bukan. Akhir kata, ayah manja bagi tazkirah " Mendengar yang baik itu menyembuhkan sakit dalam jiwa rohani seorang manusia". Fikir-fikirkan dan selamat beramal......


Continue >>>

Followers