Perjalanan Hidup


Gigih aku cuba nak add entry kedua nie, tak sangka aku serajin ini dalam masa terdekat, satu perubahan dalam diri yang drastik, ini bermakna kalau manusia nak berubah ia perlu berubah naturally dalam hati perlu ada semangat, dari semangat datangnya kekuatan, dari kekuatan itu lahirnya jaguh angkat berat.........hihii..... moral of story, tidak salah berubah kepada orang yang lebih baik, dalam sehari fikirkan apa perubahan yang baik kita lakukan diatas muka bumi ini yang boleh kita jadikan bekalan hidup serta bekalan di akhirat kelak.


Perghhh.....awal pagi dah tazkirah, yang nak story sebenarnya pejalanan hidup ayah manja, umur ayah manja sekarang "tut", rahsia kerajaan melaysia, perbagai pengalaman hidup ayah manja lalui, dari alam kanak-kanak ke alam remaja then alam persekolahan selepas itu alam universiti terselit pulak alam percintaan akhirnya membawa ke alam perkahwinan dan buat masa sekarang alam kebapaan bergelar ayah manja........banyak betul alam, ini bukan 2 alam dah nie, but dari kisah dan pengalaman yang dilalui menjadikkan ayah manja dapat berfikir secara rasional dan matang untuk menjalani liku liku hidup.


Ayah manja dilahirkkan di Bandar Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan, dibesarkan oleh ibu saudara dengan bantuan atuk dan nenek, bukan kerana tidak mempunyai ibu dan bapa tetapi desakan ibu saudara yang ingin mempunyai anak, lalu ayah manja menjadi anaknya, ia bukannya cerita sedih...tetapi hanya sorotan cerita ayah manja dari kecil hingga hari ini. Ayah manja dijaga dari umur 4 hari hinggalah berumur 10 tahun, selepas itu ayah manja kembali bersama keluarga disebabkan keluarga ayah manja risau dengan masa depan anaknya. Ini kerana pembelajaran ayah manja agak tidak memuaskan...biasala duduk dengan nenek dah atuk ...manjanya ya allah, x boleh usik sikit cucu dia..... sayang bukan main, ayah manja bukan tahu aper...yang penting enjoy. Ayah manja mempunyai 7 adik beradik, alhamdulillah semua berjaya dalam bidang masing2, yang sulung jadi lecture, yang second bukak company IT sendiri, yang ketiga jadi doctor, yang keempat jadi guru, yang kelima jadi pengawai kerajaan, yang keenam jadi penulis blog dan yang ketujuh jadi pegawai kerajaan.


Nak dijadikan cerita banyak la kenangan ayah manja di waktu kanak kanak, atuk ayah manja mencari rezeki di sungai perak serta bersawah padi, perghhhhh... main kat sungai amatlah indah dan hampir meragut nyawa pun ada, syukur ada nyawa sampai sekarang. Berbeza sungai dahulu dengan sungai sekarang, seingat ayah manja air sungai perak dahulu jernih dan bersih....ikan pun nampak. Siap pakcik pergi menembak ikan lagi.....memang best la time tue, ayah manja nie nakal .......orang perak kata nakal ya rabbiiiiii........ nakal sangat la tue, nama pun ayah manja....kalau duduk dalam sawah padi tue nampak biji mata jer.....yang lain semua lumpur...time tue plak glomour citer Rambo, aper lagi jadi Rembo la dalam lumpur.... perggghhhhhh.... kanak zam dahulu, zaman sekarang........anak kena lumpur pun nangis... kui..kui....so macam2 kenangan masa kecik.. nanti ayah manja continue lagi... ada kerja perlu disiapkan, akhir kata "Jadikan yang tidak baik itu garisan dan yang baik itu jalannya, jika anda ingin cepat berjaya potonglah garisan itu sepertimana anda memandu dijalan raya" Fikir fikirkan dan selamat beramal


0 comments:

Post a Comment

Followers